Lauk – Penghantaran makanan Halal terbaik tempatan!
Lauk adalah perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian di Lembah Klang. Di Lauk, makanan anda disediakan dengan bahan segar yang dimasak oleh chef tempatan di dapur yang moden. Bermula dengan mengadakan majlis kecil-kecilan sehingga memikirkan hidangan apa yang akan disajikan pada makan hari perkahwinan anda, Lauk akan menyajikan dan memenuhi setiap selera anda.
Sekiranya anda mahukan selera yang berbeza, buka aplikasi Lauk dan pilih restoran kegemaran anda untuk memulakan pesanan penghantaran. Sekiranya anda kekurangan masa dan merancang untuk memasak sendiri, kami juga dapat menghantar bahan resepi pilihan anda dengan cepat dan segar dengan beberapa pilihan melalui aplikasi Lauk.
Bermula dengan menjelajahi restoran baru, gerai atau warung kegemaran di kawasan anda, Lauk bersedia untuk menghantar kepada anda.
Kisah Lauk bermula pada tahun 2016. Ketika itu kami hanya sebuah syarikat katering kecil yang beroperasi dari rumah kami. Hari ini, kami bersyukur diberi kepercayaan untuk memenuhi kehendak syarikat kecil dan korporat dalam menyediakan makanan harian kepada ribuan warga yang menyokong baik dari Klang, Shah Alam, Subang Jaya, dan seluruh kawasan Lembah Klang.
Pada waktu ini kami ingin merangsang dan memberi inspirasi kepada masyarakat di dalam era baru teknologi makanan yang memberi fokus kepada kualiti makanan yang kita pilih dan pada masa yang sama mengurangkan impak alam sekitar melalui program pengurangan sisa makanan kami.
Matlamat kami adalah untuk menjadi perkhidmatan penghantaran makanan dengan harga yang paling berpatutan di Malaysia. Sehingga kini, kami berjaya melangkah ke hadapan dengan lebih daripada 20,000 pelanggan, kebanyakannya gembira menggunakan platform kami. Sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi atau laman web Lauk untuk mencari restoran kegemaran berdekatan mereka dan memesan makanan Halal kegemaran mereka, serta bahan makanan, pencuci mulut, makanan ringan, minuman dan barangan lain.
✓ Lembah Klang: Lauk boleh didapati di Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Setia Alam, Kota Kemuning dan akan tiba ke lebih banyak kawasan tidak lama lagi.
✓ Restoran Halal: Kami menghantar hanya untuk restoran Halal tempatan
✓ Masakan tempatan segar: Pelbagai hidangan yang boleh anda pilih, dari Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi Kandar, Ayam Penyet, Rojak Cendol, Kambing Bakar, kuih-muih dan banyak lagi
✓ Ke arah impak sosial: Kami mengadakan inisiatif ke arah kesamaan dan kelestarian masyarakat melalui program Lauk Share untuk Barisan Hadapan COVID-19 (Frontliners), Lauk Share untuk Komuniti dan Kempen Sisa Makanan usahasama dengan organisasi seperti Sejahtera Malaysia, The Lost Food Project, MYSAVEFOOD dan IMARET.
✓ Tiada yang kelaparan: Sumbang terus kepada rakan amal tempatan kami untuk berkongsi makanan anda dengan komuniti yang terkesan.