Mengenai Kami

Lauk adalah platform penghantaran makanan yang memberikan makanan tempatan terbaik ke depan pintu rumah anda. Kami ingin membantu anda dengan peluang ganjaran hebat disamping dapat menjimatkan lebih banyak wang dengan memberikan makanan tempatan terbaik di Lembah Klang, Malaysia.

TENTANG LAUK

Lauk adalah platform anda untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian di Lembah Klang. Di Lauk, makanan anda disediakan dengan bahan-bahan yang bersih dan segar yang dimasak oleh tukang masak kami. Dari menyajikan rakan-rakan untuk acara keraian atau memikirkan hidangan apa yang perlu disajikan pada majlis pertunangan anda, Lauk akan memenuhi kehendak selera anda.

 

Sekiranya anda ingin kelainan dengan rasa yang berbeza, buka aplikasi Lauk dan pilih restoran kegemaran anda untuk memulakan pesanan. Sekiranya anda kekurangan masa dan merancang untuk memasak sendiri, kami boleh menghantar bahan makanan yang segar dengan cepat semudah beberapa langkah melalui aplikasi. 

 

Dari perasaan mahu mencuba restoran baru ataupun mengidam makanan tempatan, Lauk akan hantarkan kepada anda.

 

CERITA KAMI

Kisah kami bermula pada tahun 2016. Ketika itu, Lauk hanyalah sebuah syarikat katering kecil yang beroperasi dari rumah kami.

 

Hari ini kami bersyukur diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara korporat dan berkeupayaan menyediakan makanan kepada ribuan pelanggan yang sentiasa menyokong kami dari mula baik dari Klang, Shah Alam, Subang Jaya dan seluruh kawasan Lembah Klang. 

 

Dan sekarang kami ingin memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengikuti era teknologi makanan terkini yang memberi fokus pada kualiti makanan yang dimakan dan pada masa yang sama mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui program pengurangan sisa makanan yang sudah dijalankan sejak mula lagi. 

 

MISI KAMI

Untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah di rantaian bekalan dan penghantaran makanan secara progresif. Dengan satu langkah pada setiap masa.

 

VISI KAMI

Menjadi pelopor dalam inovasi rantaian bekalan dan teknologi makanan yang akan memberi manfaat kepada masyarakat dengan makanan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di peringkat Global.

 

MAKANAN KAMI

Kami sentiasa mahu menghidangkan makanan sesegar yang mungkin. Dimasak atau tidak dimasak. Polisi ketat kami semasa penyediaan makanan akan memastikan keselamatan makanan dari proses pengeluaran hingga ke pengguna. Matlamat kami adalah untuk mengubah penerimaan manusia mengenai makanan dengan memberikan gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti disamping dapat mengekalkan rasa dan kesegaran produk serta memberi kelebihan kepada produk dan makanan tempatan.

© Copyright Reserved. LAUK