Jual produk makanan anda di Lauk!

Anda menjual produk seperti Sambal? Kerepek? ataupun Lauk untuk sedia dimakan (Ready-to-Eat)?

Sertai peniaga makanan tempatan yang lain membuat jualan produk makanan di platform Lauk. Kami menyediakan pakej yang sesuai mengikut keperluan perniagaan anda

Cepat dan mudah untuk mula menjual di Lauk

Daftar Sebagai Peniaga

Masukkan maklumat anda untuk pendaftaran sebagai peniaga di Lauk. Pihak kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk urusan verifikasi melalui panggilan atau WhatsApp.

1

Terima Log Masuk Lauk Cloud

Sebaik urusan verifikasi selesai anda diberi maklumat akaun untuk anda memuatnaik maklumat produk dan perkara berkaitan perniagaan anda.

2

Mulai untuk terima Pesanan

Gunakan aplikasi LAUK Cloud setelah akaun anda diaktifkan untuk menerima pesanan. Segala maklumat pesanan dapat dilihat melalui aplikasi tersebut. Pembayaran ke atas barangan jualan akan dilakukan seminggu sekali. Tiada komisen dikenakan bagi yang melanggan pakej Zero Commission. Sebarang pertanyaan boleh email ke [email protected]

3

Adakah anda memerlukan lebih banyak maklumat?

Beratus orang memesan makanan melalui aplikasi Lauk. Apabila pelanggan membuat pesanan, kami menawarkan penghantaran kepada pasukan Lauk Delivery, yang membolehkan anda menerima pendapatan.

Pada ketika ini Lauk boleh didapati di kawasan Klang, Shah Alam, Setia Alam, Kota Kemuning dan Port Klang. Kami akan membuka peluang di lebih banyak kawasan di sekitar Lembah Klang dan luar lembah Klang tidak lama lagi.

Proses pendaftaran kami hanya memerlukan beberapa minit. Setelah mendaftar, anda akan memerlukan 1-2 minggu untuk mengaktifkan akaun anda sepenuhnya.

Untuk mula menjual, apa yang anda perlukan adalah telefon pintar dan produk jualan anda.

Kami akan memerlukan maklumat perniagaan anda seperti Nama & Nombor SSM Syarikat, Lesen Berkaitan (sekiranya ada), Alamat Perniagaan dan senarai produk jualan anda.

Kami mengalukan produk atau jenama yang sudah memiliki Sijil Halal dari JAKIM.

Walaubagaimanapun, kami juga menerima produk dari IKS tempatan dan juga usahawan yang beroperasi dari rumah untuk mengembangkan produk Halal mereka ke seluruh Lembah Klang. 

Tekan butang ‘Mohon sekarang’ di bahagian atas halaman ini, dan log masuk menggunakan alamat e-mel dan nombor telefon yang anda gunakan untuk mendaftar. Sekiranya pendaftaran anda belum selesai, anda akan menerima notifikasi melalui e-mel dan Whatsapp.

Anda bebas untuk memilih pakej yang bersesuaian dengan jenis perniagaan anda. Anda boleh memilih diantara pakej berikut:

  1. Basic Plan (markup-based)
  2. Plus Plan (commission-based)
  3. Premier Plan (monthly subscription)

 

Daftar perniagaan anda untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pakej yang kami sediakan.

Sebaik sahaja anda menerima notifikasi pesanan, anda akan melihat maklumat pesanan dan waktu penghantaran serta maklumat penting yang lain mengenai pesanan tersebut.

Kemudian, anda boleh memilih untuk menerimanya atau menolaknya. Setelah anda menerimanya, ada dua langkah, semuanya digariskan dengan jelas dalam aplikasi:

1) Tekan ‘Accept’ apabila anda menerima pesanan tersebut

2) Tekan ‘Order Ready’ setelah makanan sedia dipek untuk diambil oleh penghantar.

Sertai Lauk sekarang! Klik Link di bawah untuk bertanya sebarang soalan

© Copyright Reserved. LAUK