Kerja dengan Lauk

Kami adalah syarikat penghantaran makanan yang sedang berkembang ingin memberikan yang servis yang terbaik kepada pelanggan kami. Tidak banyak yang dapat dilakukan selama beberapa tahun ini melainkan fokus yang diberi kepada pelanggan untuk memberi pengalaman yang menarik. Dari pembangunan aplikasi pesanan hingga penyediaan sistem belakang tabir sehingga servis penghantaran makanan kepada pelanggan. Kami bertekad untuk membuat inovasi dan perubahan dalam industri penghantaran makanan.

Lauk ingin menjadi satu-satunya aplikasi yang anda perlukan sekiranya anda mahukan makanan berkualiti yang baru dimasak dengan pelbagai jenis Lauk dari dapur kami, atau anda hanya ingin memesan dari restoran lain yang berdekatan dengan anda. Bukan hanya itu, anda juga boleh memesan bahan makanan segar yang dihantar ke depan pintu rumah anda. Boleh dikatakan Seperti Pasar Malam pun ada!

Jom sertai kami dan bina kerjaya di dalam bidang yang sedang berkembang ini.

Marketing Intern
Petaling Jaya, Internship
Pembantu Dapur (Pengambilan Segera)
Klang & Petaling Jaya, Full Time