Soalan

Soalan Sering Diajukan

Apa itu Lauk?

Lauk ingin memulakan perubahan dan mengubah cara kita menentukan makanan. Kami menyediakan makanan yang baru dimasak oleh tukang masak kami yang arif dalam bidang penyediaan makanan tradisional Asia dan moden. Selain itu, kami juga bekerjasama dengan restoran terhebat dari jaguh tempatan hinggalah kegemaran ramai – serta menghantar makanan yang anda mahukan, di depan pintu anda.

Dengan beratus-ratus pilihan makanan akan dihantar sendiri oleh pasukan penghantar kami, setiap pesanan secara purata dapat disesaikan dalam masa 45 minit.

Macam mana nak order Lauk?

Anda boleh membuat pesanan dengan menggunakan aplikasi Lauk, boleh didapati di iOS Apple Store dan Android Google Play. Hanya perlu pilih restoran menarik yang disajikan di kawasan anda, pilih makanan anda dan buat pesanan anda.

Setelah restoran menerima pesanan anda, mereka akan menyiapkan makanan anda dan kemudian membungkusnya dengan cermat dan teliti. Setelah semuanya siap, pasukan penghantar Lauk akan mengambilnya dan membawanya makanan tersebut kepada anda.

Halal ke tidak?

Makanan kami disediakan oleh tukang masak Islam dan semua kakitangan kami beragama Islam. Semua ramuan dan bahan asas seperti ayam dan daging kami adalah dari pembekal yang disahkan Halal. Semua peniaga kami menyediakan makanan Halal dan barangan Halal. Kami memberi jaminan bahawa tiada produk Bukan Halal akan dipasarkan di platform kami.

Berapakah masa penghantaran?

Kami memenuhi permintaan penghantaran segera setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 8 malam (Sepanjang PKPP). Bagaimanapun restoran yang berbeza akan mempunyai waktu pembukaan yang berbeza. Kunjungi aplikasi untuk melihat restoran mana yang tersedia di kawasan anda.

Bagaimana makanan dihantar kepada saya?

Setelah restoran menerima pesanan anda, mereka akan menyiapkan makanan anda dan kemudian membungkusnya dengan teliti. Setelah semuanya siap, pasukan penghantar Lauk akan mengambilnya dan membawanya kepada anda.

Apakah kaedah pembayarannya?

  • Lauk Pay. Dapatkan diskaun istimewa jika anda menambah dan membayar dengan Lauk E-Wallet
  • Kami menerima pembayaran dalam talian melalui Billplz. Anda boleh membayar menggunakan FPX (Perbankan Dalam Talian)
  • Pembayaran Kad Debit & Kredit turut diterima melalui Stripe
  • Bayaran tunai semasa penghantaran

Ada perbelanjaan minimum?

Jumlah pesanan minimum bergantung kepada restoran yang anda pesan. Sekiranya terdapat jumlah pesanan minimum, anda akan dimaklumkan melalui aplikasi semasa membuat pesanan.

Bagaimana cara untuk menebus kod baucar?

Sekiranya anda mempunyai kod baucar, anda boleh menebusnya di aplikasi, masuk ke akaun anda dan tambahkan kod tersebut ke dalam ruang ‘Masukkan Kod Promosi’ semasa membuat pesanan.

Adakah anda mengenakan harga yang sama dengan restoran di premis?

Kami mendorong pihak restoran untuk menggunakan harga yang sama untuk penghantaran seperti harga di premis mereka, walaupun mungkin ada pengecualian. Harga untuk setiap menu yang dipaparkan adalah jelas di dalam aplikasi. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai harga menu, sila hubungi terus pihak restoran tersebut.

Bolehkah saya membuat pesanan lebih awal?

Ya! Anda boleh membuat pesanan beberapa hari lebih awal dan memilih sebarang slot waktu penghantaran seperti yang tertera di aplikasi. 

Bagaimana jika saya ingin membatalkan pesanan saya?

Sekiranya anda ingin mengubah atau membatalkan pesanan anda setelah pesanan dihantar dan pembayaran telah disahkan, anda boleh menghubungi Pelayan Pelanggan kami dan mereka akan menghubungi restoran/peniaga untuk menyampaikan permintaan anda. Sekiranya mereka belum mula menyediakan pesanan anda, anda boleh membatalkan pesanan tersebut.

Soalan mengenai pesanan saya

Bagaimana jika ada yang tidak kena dengan pesanan saya?

Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi yang menjaga seluruh pengalaman anda menggunakan servis kami, dari saat anda membuat pesanan hingga pesanan anda tiba.

Namun, kami memahami bahawa mungkin terdapat perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan. Sekiranya ini berlaku, anda boleh berhubung menggunakan fungsi Chat di aplikasi Lauk untuk melaporkan sebarang masalah.

Anda juga boleh menghubungi kami di alamat e-mail [email protected] atau di talian + 603-33625877.

Bagaimana jika pesanan saya terlewat?

Kejadian malang yang tidak dapat dielakkan mungkin berlaku di luar kawalan pasukan penghantar dan menyebabkan kelewatan. Pasukan kami akan berusaha menghubungi anda dan memberitahu anda mengenai sebarang kelewatan dan informasi terkini untuk pesanan tersebut.